Semalam satu tarik diri, hari ini dah ada pengganti.

Selepas Kepulauan Solomon menarik diri daripada menyertai Piala Airmarine 2019 semalam, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan bahawa pasukan Afghanistan akan menggantikan tempat mereka.

Penarikan diri Kepulauan Solomon adalah kerana pasukan mereka telah pun mendapatkan kelulusan daripada FIFA dan Konfederasi Bolasepak Oceania (OFC) bagi perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Chinese Taipei, sekali gus membuatkan mereka tidak dapat menyertai Piala AIRMARINE 2019 yang memerlukan dua perlawanan untuk dihadapi iaitu pada 20 dan 23 Mac 2019.

FAM menerusi satu siaran rasmi telah menyatakan bahawa selepas menerima perkhabaran daripada SIFF itu, telah mengambil langkah segera dengan menghubungi beberapa negara berpotensi bagi menawarkan tempat untuk mereka menggantikan slot yang dikosongkan oleh Solomon Islands dan akhirnya Afghanistan telah tampil memberikan pengesahan rasmi, hari ini untuk menyertai Piala AIRMARINE 2019.

Jika dilihat pada ranking FIFA, Afghanistan berada di tangga ke 147 dunia, sementara Kepulauan Solomon pula berada di tangga ke 147. Jadi, kemenangan Malaysia yang berada di tangga ke 167 mampu memberikan mata yang banyak untuk memperbaiki kedudukan mereka di ranking FIFA.

Dua negara lain yang turut akan menyertai Piala Airmarine 2019 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah Singapura (165) dan Oman (90). Undian untuk perlawanan akan diadakan pada hari Isnin nanti.

Source from:- Fox Sports