Keputusan Rasmi Pemilihan Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM Malaysia)

Semalam berlansungnya Mesyuarat Am Tahunan yang ke-5 Persatuan Sukan Elektronik Malaysia Sesi 2019-2022 (ESM) di Mutiara 3, Royale Chulan Hotel Mutiara Damansara. Dalam mesyuarat tersebut turut dihadirkan dengan pemilihan rasmi bagi Persatuan Sukan Elektronik Malaysia Sesi 2019-2022.

Keputusan berikut telah disahkan dan dikongsikan Muhammad Farouq bin Abdul Patah atau dikenali sebagai Flava sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan ESM 2019, mewakili Jawatankuasa Pemilihan. Keputusan diumumkan malam semalam Rabu 19 Jun 2019 jam 7.42 pm. Berikut adalah keputusan rasmi tersebut;

  • PRESIDEN – Yang Berbahagia Dato’ Ananth S. Nathan
  • TIMBALAN PRESIDEN – Afiq Fadhli Bin Narawi
  • NAIB PRESIDEN 1 – Muhammad Naim Al Amin Bin Saharudin
  • NAIB PRESIDEN 2 – Ooi Boon Seang
  • NAIB PRESIDEN 3 – Tiara Natassah Ching
  • NAIB PRESIDEN 4 – Mohamad Khir Bin Md Noor
  • AHLI JAWATANKUASA (AJK)
    • Husyin Bin Abd Murat
    • Thariq Bin Kamar
    • Muhammad Muzakkir Bin Nur Mubin
    • Afzarnuddin Bin Burhanuddin
    • Li Kuan Leong
    • Muhammad Nur Saddiq Bin Mohd Khusni
    • Firdaus Bin Hashi
    • Noor Azam Bin Hj Mohamad
    • Khishen A/L Gopal
    • Kelvin Pang Ching Kuen
  • JURUAUDIT 1 – Shazali Kamaruddin
  • JURUAUDIT 2 – Nur Djelizhiana Sheghary Binti Iswaran

Sebesar tahniah buat Yang Berbahagia Dato’ Ananth S. Nathan yang menjadi Presiden bagi Persatuan Sukan Elektronik Malaysia Sesi 2019-2022 ini.

Juga sebesar tahniah buat semua pemenang Jawatankuasa Induk baru bagi ESM dan selamat menjalankan tugas dengan sempurna.

Source : Gamer Santai