Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan bahawa Malaysia dan tiga negara lagi akan beraksi dalam aksi Piala AIMARINE 2019.
Kejohanan yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20 dan 23 Mac nanti melibatkan pasukan kebangsaan menentang Singapura, Oman dan Kepulauan Solomon.
Piala AIRMARINE ini akan menjadi medan ujian buat anak buah Tan Cheng Hoe yang juga perlu bersiap sedia untuk pusingan kelayakan Piala Dunia 2022.
Kejohanan ini akan menggunakan format kalah mati dengan aksi separuh akhir bakal berlangsung pada 20 Mac dan aksi tempat ke-3 dan perlawanan akhir akan berlangsung pada 23 Mac.
FAM juga telah membuat keputusan untuk menggunakan pemain senior bagi kejohanan ini supaya skuad bawah 23 tahun negara di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee dapat memberi perhatian khusus untuk persiapan bagi kelayakan Kejohanan AFC Bawah 23 tahun yang juga akan berlangsung pada bulan Mac.
Source from:- Fox Sports